FESTER
Fester? Ape tu? okay fester ni adalah teater peringkat kolej means lawan antara kolej- kolej kediaman. so haritu kolej i bawa tajuk cinta terhalang. sinopsis cinta terhalang ni mengisahkan seorang perempuan kampung,Kiah bercinta dengan seorang budak lelaki kampung,Meon tetapi dihalang oleh abangnya,Jidin kerana mengatakan lelaki tersebut tidak mendatangkan faedah kepadanya. Jidin juga melakukan aktiviti haram seperti berjudi. Abangnya ingin menyatukan adiknya kiah bersama YB kampung mereka iaitu Pak Tuan tetapi kiah enggan sehingga tiba hari perkahwinan kiah dan paktuan, kiah melarikan diri ke kuala lumpur. Tibanya di Kuala Lumpur, Kiah bertemu dengan kawan lelakinya dan dia membawa kiah ke tempat kerjanya di kelab malam. Kemudian Uncle Sam, ketua kelab malam itu memberikan kerja kepada Kiah sebagai pelayan. Pada mulanya dia menolak tetepi kelamaan dipujuk dan dia menerima kerja tersebut. Pada suatu hari polis datang serbu kelab malam tersebut. Uncle Sam dan beberapa rakannya serta kiah berjaya melarikan diri. Tidak lama selepas tu Uncle Sam kemalangan. Selang beberapa bulan, Kiah pulang semula ke kampung untuk bertemu Meon dan ibunya. Pada mulanya Meon menganggap Kiah telah tiada kerana dia tidak tahu bahawa Kiah ke Kuala Lumpur. dan ketika kiah pulang semula ke kampung, meon masih tidak mengenalinya. Akhirnya jodoh mereka untuk bersama tidak kesampaian.
Itulah dia serba sedikit sinopsis teater kolej kami. Disebalik tirai teater kami, semua suka duka penat lelah ditanggung bersama. Walaupun berlatih sehingga subuh, usaha kami tidak sia-sia. Alhamdulilah kami mendapat anugerah juri dan ditempat keempat dari 11 kolej yang bertanding. Zasss!
P/s: penari pun boleh jadi pelakon okay!
" Movies will make you famous; Television will make you rich; But theatre will make you good. "
Itulah dia serba sedikit sinopsis teater kolej kami. Disebalik tirai teater kami, semua suka duka penat lelah ditanggung bersama. Walaupun berlatih sehingga subuh, usaha kami tidak sia-sia. Alhamdulilah kami mendapat anugerah juri dan ditempat keempat dari 11 kolej yang bertanding. Zasss!
P/s: penari pun boleh jadi pelakon okay!
STAB |
Comments
Post a Comment