Royal Belum :)

Royal Belum? apa tu? dekat mana tu? wujud ke? ramai nak tau kan ape itu Royal Belum?! okay.! so Royal Belum tu sebenarnya perkampungan orang asli yang terletak di Kampung Aman Damai, Perak. Saya pergi ke sana atas satu program kesukarelawanan bawah citra UKM pada Disember 2017. Nama Program yang kami jalankan adalah "Jalinan Kasih UKM Bersama Masyarakat Orang Asli"




okay so jom cerita abt Royal Belum.. Royal Belum. Kampung Aman Damai ni terletak di kawasn pedalaman dan ia ambil masa selama 1 jam dari Jeti Pulau Banding. View disana sesungguhnya memang cantik sangat. Tak Tipu! okay sambung haahaha. Yang kami pergi ini adalah kategori orang asli Jahai iaitu salah satu kaum orang asli yang terletak di Hutan Belum, Perak.  Terdapat 2 kumpulan utama dalam Belum; Senoi dan Negrito. Jahai adalah kumpulan subetnis utama di kalangan Negrito dan terdapat pula 18 puak asli yang tinggal di hutan Semenanjung Malaysia. Kebanyakan mereka memilih untuk tinggal di tepi sungai atau di sepanjang sungai. 

Related image
Struktur rumah kediaman mereka

See itu adalah struktur rumah merak yg kelihatan seperti tandan pisang, dibina dari buluh dan dibuat dari daun "bertam" dan "tepus". Rumah ini sangat mudah kerana mereka akan berhijrah bila terdapat kematian dan bencana serta mencari bekalan makanan di kawasan baru. Aktiviti harian mereka adalah seperti kita semua tahu, iaitu kumpul hasil hutan, tangkap ikan dan tanam penanaman. Mereka juga akan memburu binatang dengan menggunakan "sumpit". hah haritu kami diberi peluang untuk menggunakan sumpit. Best!! dekat bandar no sumpit. so kalau nak hah pegi la tempat orang asli.hahahaah. Kadangkala sumpit ni juga diorng guna sebagai senjata bila terancam.




So matlamat utama kami kesana adalah untuk mempelajari budaya mereka disamping tingktkan kemahiran mahasiswa/i kuasai ilmu. Dari aktiviti ini kita dapat kemaskan lagi kemahiran komunikasi bersama masyarakat orang asli dengan memahami bahasa dan gaya komunikasi yang digunakan.

okay so here are our picture during programme.



 



 kata orang orang dulu jauh perjalanan luas pengalaman. so as usual ehehe last word from me “Wherever you go becomes a part of you somehow.”

Comments

Popular Posts